Komitmen kami selaku warga Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri :

Memberi layanan yang mesra, perkhidmatan yang cekap dan tepat.

Memproses semua pembayaran dan pengeluaran Waran Peruntukan Perbekalan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada
kelulusan serta dokumen-dokumen sokongan lengkap dan teratur.

Memproses semua pembayaran dan pengeluaran Waran Peruntukan Pembangunan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

Mengeluarkan Waran Perjalanan Udara (WPUA / ATR) dengan serta merta tertakluk kepada kelulusan E-IZIN.

Permohonan penyelenggaraan / pembaikan peralatan mesin diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan
diterima.

Memproses permohonan kelulusan Pembaikan kenderaan Kerajaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.